BASISKA VII 2016

BASISKA VII 2016 atau Bakti Siswa Sukarelawan Kajai kali ke-7 2016 telah berlangsung pada 8 hingga 10 Disember 2016. Pada kali ini terdapat sedikit kelainan iaitu BASISKA telah menjalankan program di 2 buah sekolah dan tinggak bersama keluarga angkat di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bharu. Sekolah yang terlibat adalah SK kampung Tanjong,  Rembau, Negeri Sembilan dan SK taman Cendana,  Pasir Gudang, Johor Bharu. Peserta yang terlibat adalah seramai 35 orang dan diiringi oleh urus setia seramai 10 orang yang terdiri daripada Felo dan Majlis Eksekutif Pelajar Kajai. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat penglibatan mahasiswa dalam menyumbang bakti serta melaksanakan khidmat sosial kepada masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar. Program ini akan berlangsung di sekolah dan kawasan perumahan flat. Di sekolah BASISKA akan mengadakan permainan permainan yang menarik contohnya Edu Fun Station dan juga Dreamer’s Project yang memberi motivasi kepada pelajar pelajar di sekolah. Program yang dijalankan untuk kedua-dua buah sekolah adalah sama. Manakala di kawasan perumahan flat pula, akan dijalankan gotong-royong bersama penduduk flat di masjid yang berdekatan dan malam kebudayaan yang bertemakan 1 Malaysia. BASISKA juga akan memberi sumbangan kepada keluarga keluarga yang memerlukan di perumahan flat Taman cendana. Seramai 15 keluarga yang telah diberikan sumbangan tersebut