BERITA: PERSIAPAN MENUJU SUKEM 2017

Berita oleh: Sofia Izzati Skymmar

Unit Biro Sukan dan Rekreasi telah mengadakan program Perkampungan Atlet yang disertai oleh atlet-atlet dari Kolej Rahim Kajai. Program ini dijalankan bagi mempersiapkan diri para atlet Kolej Rahim Kajai untuk menghadapi SUKEM 2017 yang dijangka bermula pada 10 November ini.

Program ini telah dijalankan selama 3 hari bermula pada malam 3 November 2017 sehingga 5 November 2017. Slot pertama diisi dengan latihan dalam kumpulan bersama para atlet. Aktiviti seterusnya diteruskan pada keesokan paginya iaitu latihan kecergasan yang diketuai oleh Nor Azli Azuan dan Hakim Amatnooh.

Pada hari terakhir program ini, para atlet telah menjalankan “bleep test” bagi menguji tahap kekuatan stamina mereka. Pihak Biro Sukan dan Rekreasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para atlet yang telah memberikan kerjasama sepanjang program ini berlangsung.- HABIS