BERITA:Kelas Mandarin D’ Kajai #6
Berita oleh: Unit media
Kelas Mandarin D’ Kajai (KMDK) yang keenam telah dijalankan pada 13/11/17 (Hari Isnin) bertempat di Bilik Seminar 1. Tema untuk KMDK pada minggu ini ialah “Tempat, Arah & Pengangkutan”. Melalui kelas ini, pelajar dapat menyebut beberapa tempat yang umum seperti sekolah, hospital, kompleks beli-belah dll. Selain itu, mereka dapat menyebut arah dan pengangkutan dengan tepat seperti atas, bawah, kiri, kapal terbang, kereta, komuter dll. Selepas sesi P&P, permainan telah dijalankan dengan seorang pelajar melukis dan pelajar yang seterusnya meneka. Dengan ini, pelajar akan mempunyai keinginan yang tinggi dalam mempelajari Bahasa Mandarin. Sekian, terima kasih.