BERITA: MALAYSIAN UNITED RUN 2017

Berita oleh: Siti Hadibah Aqila

Lebih 40 ribu peserta telah berjaya mengambil bahagian dalam acara larian Malaysians United Run (MUR) 2017 yang berlangsung pada 18 November 2017 bertempat di Sepang International Circuit (SIC)

Acara dwitahunan yang dianjurkan oleh Institut Onn Jaafar (IOJ) ini telah berjaya menggabungkan peserta daripada 62 IPTA dan IPTS yang terbabit dan bakinya adalah terdiri daripada masyarakat pelbagai latar belakang.

UKM telah berjaya menghantar lebih 150 sukarelawan termasuk duta dan sekretariat daripada Kolej Rahim Kajai, Kolej Tun Syed Nasir dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ke acara MUR 2017 yang seterusnya berjaya dinobatkan sebagai Universiti Sukarelawan Terbaik dua kali berturut-turut.

Anugerah ini disampaikan oleh YAB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Penaung Institut Onn Jaafar.

Sesuai dengan motonya “Let’s LIGHT UP our children’s future” acara larian sejauh lima kilometer itu berjaya mengumpulkan anak-anak muda dari seluruh IPT dan masyarakat umum untuk bersama-sama meraikan 50 anak-anak yang kurang bernasib baik.