BERITA: DEBAT NAIB CANSELOR UKM 2018
Disediakan oleh: Nurul Ain Binti Samad
ISNIN (22 OKTOBER 2018)
Pada 20 dan 21 Oktober 2018 yang lalu, Kolej Rahim Kajai telah menghantar seramai 8 orang peserta yang mewakili 3 buah kumpulan bagi Pertandingan Debat Naib Canselor UKM.
Pertandingan debat ini menyaksikan para peserta mengetengahkan dan mempertahankan hujah-hujah dan isi mereka yang tersendiri.
Pertandingan yang disertai oleh para peserta ini mempunyai 5 pusingan secara keseluruhan di mana KRK menang satu pusingan dan kalah satu pusingan di peringkat yang pertama.
Bagi pusingan yang seterusnya sehingga pusingan yang kelima, keputusan yang sama diperolehi dengan KRK menang satu pusingan dan tewas satu pusingan.
Bagi sidang akhir pusingan awal, KRK telah gagal menempatkan diri ke final, namun, setiap pendebat terbaik yang datang dari KRK harus diberi pujian dan penghargaan.
Keputusan akhir, kumpulan A KRK berpuas hati di tempat yg ke-19, manakala KRK kumpulan B berjaya menduduki di tempat yang ke-10.