BERITA: PERAYAAN DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH OLEH SUKARELAWAN IOJ DARI KOLEJ RAHIM KAJAI BERSAMA KELUARGA JALANAN

Disediakan oleh: Sofia Izzati Skymmar

AHAD(11 NOVEMBER 2018)

Bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, seramai 15 sukarelawan Institut Onn Jaafar (IOJ) dari Kolej Rahim Kajai (KRK) telah turun seawal jam 7 pagi bagi memastikan program Jom Diwali yang disambut dengan para gelandangan berjalan dengan lancar pada hari ini

Jom Diwali merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh IOJ bagi meraikan perayaan Deepavali bersama dengan gelandangan yang tinggal di Pusat Transit Gelandangan serta di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur tanpa mengira bangsa dan agama.

Ketua Pegawai Eksekutif IOJ, Encik Charles Mohan menyatakan bahawa objektif program ini dianjurkan adalah untuk memberi sinar baru dan melenyapkan rasa sunyi para gelandangan agar mereka tidak merasa terpinggir dalam kemeriahan suasana perayaan Deepavali yang disambut di negara ini.
.
“Kami ingin gelandangan untuk sama-sama menikmati manisnya Deepavali kerana mereka mungkin tidak mempunyai keluarga atau berasa segan untuk pulang ke kampung bagi menyambutnya bersama keluarga,” katanya.

Sukarelawan dari KRK juga turut berpeluang untuk membuat persembahan “flashmob” di hadapan semua tetamu yang hadir pada hari ini.