BERITA: PESTA CAHAYA 3.0 – MENGENALI BUDAYA KAUM INDIA

Disediakan Oleh :Shirly Low Shi Li

 

 

 

 

Pada 15 November 2018, Pesta Cahaya 3.0 anjuran biro Integrasi Perpaduan Kaum dan Persatuan FINS Kolej Rahim Kajai telah diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh(DTAMS).
Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan pengarah Pesta Cahaya 3.0 iaitu Pavithran A/L V Batumalai.
“Pesta Cahaya 3.0 dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kolej Rahim Kajai yang pelbagai kaum serta membolehkan kita mengetahui budaya kaum India”, katanya.
Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan Dr. Badrulzaman Bin Abdul Hamid (Pengetua Kolej Rahim Kajai). Acara perasmian diteruskan dengan persembahan yang menarik iaitu Bharatnatyam yang ditari oleh Ovieya, persembahan Wushu dari wakil KACC dan persembahan Zapin yang ditari oleh penari-penari biro kebudayaan Rahim Kajai.
Pertandingan Explorace dan pertandingan Kolam diadakan selepas majlis perasmian. Para peserta menikmati pertandingan yang dianjurkan dengan gembira.
Pesta Cahaja 3.0 berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.