BERITA: PROGRAM PERTUKARAN ILMU DAN SUKARELAWAN ASEAN, PERLUAS DI UNIVERSITI CHULALONGKORN

Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, luaran

Pada 11 hingga 15 Februari yang lalu, seramai 17 orang wakil Kolej Rahim Kajai dengan kerjasama daripada Siswa-UKM telah menjalani Program Pertukaran Ilmu dan Sukarelawan ASEAN (PERLUAS) bertempat di Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand.

Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan berimpak kepada pelajar yang terlibat mengenai sosiobudaya, ekonomi, sukan, inovasi dan kepimpinan supaya mahasiswa lebih terdedah dengan kepelbagaian ilmu di peringkat antarabangsa serta melihat kemajuan yang telah dicapai di negara Thailand.

Menurut saudara Muhammad Faiq bin Ishammuddin, selaku Ketua Eksekutif Kolej Rahim Kajai dan juga merupakan salah seorang peserta bagi program ini berkata bahawa program ini telah memberikan impak yang positif terutamanya dari segi pertukaran budaya sepanjang 5 hari di sana.

“Dalam erti kata lain , program ini sangat memberikan banyak manfaat dan perlu menjadi satu platform kepada mahasiswa dalam memperluas ideologi serta pemikiran mereka”, tambahnya lagi.

Selain di Universiti Chulalongkorn, para peserta juga telah dibawa melawat tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan di sekitar Bangkok seperti Bangkok National Museum, National Gallery, Democracy Monument, dan Sungai Chao Phraya.