BERITA: PERJUMPAAN PENGHUNI KOLEJ RAHIM KAJAI BERSAMA TIMBALAN PENGETUA

Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

Imej mungkin mengandungi: 3 orang

Pada 7 Mac 2019, satu perjumpaan telah diadakan di antara Timbalan Pengetua, Dr. Roslan bin Ja’afar dan barisan felo serta MEP bersama penghuni-penghuni Kolej Rahim Kajai bertempat di Foyer Kolej. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi beberapa pesanan dan amanat seperti penerangan tentang garis peraturan dan etika pemakaian yang betul semasa berada dalam kawasan kolej.

Selain pesanan-pesanan khas, sesi perkongsian masalah serta aduan juga telah dijalankan. Melalui perkongsian tersebut, beberapa pertanyaan telah dijawab dan isu-isu seperti kerosakan tandas dan kebersihan koridor blok telah dikemukakan. Justeru, pihak pentadbiran kolej mengambil serius akan masalah ini dan akan menyelesaikan isu-isu tersebut secepat mungkin.

Kolej Rahim Kajai mengharapkan agar semua warga kolej mengingati segala pesanan dan amanat yang telah disampaikan dalam perjumpaan tersebut. Jika terdapat sebarang masalah, warga kolej bolehlah membuat aduan ‘online’ menggunakan sistem eFACt UKM.