KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Minggu Bahasa Kolej Rahim Kajai

23 Januari : Biro Pembangunan Akademik dan Inovasi dengan Kerjasama biro Integrasi dan Perpaduan Kaum telah menganjurkan Minggu Bahasa Kolej Rahim Kajai bermula 6 Januari sehingga 23 Januari lalu. Program ini dijalankan secara atas talian menerusi platform rasmi Instagram dan Facebook Kolej Rahim Kajai.

Lima Bahasa yang terdapat dalam program ini adalah termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Poster setiap bahasa dimuatnaik dan dipaparkan setiap dua kali seminggu dengan satu minggu, satu bahasa.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat cinta bahasa dalam kalangan mahasiswa Kolej Rahim Kajai khususnya selain memperkenalkan bahasa-bahasa yang sering dipertuturkan di Malaysia.