KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Talk With KajaiTV : Cabaran & Tip Norma Baharu

15 Januari : Talk with KajaiTV siri kedua yang dibawakan oleh saudari Hidanah ini menceritakan mengenai Tip dan Cabaran Norma Baharu bagi seorang pelajar. Pada musim Covid ini kelas kebanyakannya dilakukan secara atas talian dan terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pelajar sepanjang kelas berlangsung.
Antara cabaran yang dihadapi oleh pelajar adalah dari segi keperluan asas pembelajaran atas talian seperti telefon pintar, gangguan internet, kemudahan laptop dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga turut menghadapi masalah keberkesanan pembelajaran atas talian terutamanya apabila sukar untuk bertanyakan soalan secara bersemuka dan sukar untuk memahami sesuatu topik dalam jangka masa yang pendek.
Setiap cabaran pasti ada penyelesaiannya dan penyelesaian bagi cabaran norma baharu ini adalah dengan meminta tambahan masa apabila menghantar tugasan dan menjawab kuiz sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal seperti gangguan internet. Seterusnya, pelajar juga boleh membuat jadual agar dapat menguruskan masa dengan lebih efektif dan dapat membahagikan masa dengan baik diantara waktu rehat dan waktu belajar.