KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Webinar : Toxic Positivity

9 April : ‘Toxic Positivity’ ataupun positif toksik berlaku apabila seseorang itu menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, bahkan secara berlebihan kepada apa jua situasi yang berlaku sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Oleh itu, webinar ini dianjurkan untuk mengetengahkan positiviti yang terlampau adalah sangat tidak bagus dan tidak digalakkan kerana situasi tersebut sebenarnya mengajar kita untuk mengelak daripada menghadapi masalah yang sebenar.

Sekiranya seseorang yang sedang mengalami emosi marah, sedih, stres dan sebagainya meluahkan kepada kita dan respon kita adalah seperti “Kena positif!”, “Tak ada apa-apa pun ni”, atau “Tak perlu risau! Semua okay je nanti”, tanpa disedari, kita sebenarnya telah menafikan emosi mereka seolah-olah emosi dan perasaan mereka itu bukan sebahagian daripada kemanusiaan mereka.

Oleh itu, “‘Toxic Positivity’ : Di Sebalik Topeng Kesempurnaan” ini dibawakan khas oleh Biro Pembangunan Siswi Kolej Rahim Kajai bersama panel jemputan iaitu En.Shaiful Bakri yang merupakan pegawai psikologi UKM kepada masyarakat kerana ia adalah sebuah topik yang sangat jarang dibincangkan kerana tidak ramai yang mengetahui dan menyedari akan hal ini.