BERITA: Kursus Pemantapan Majlis Eksekutif Pelajar Melatih Kepimpinan Baharu
Disediakan Oleh: Biro Komunikasi Korporat & Akademik
12 Ogos 2023
Kursus Pemantapan Majlis Eksekutif Pelajar bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 8 sehingga 10 Ogos 2023 bertempat di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu telah mencipta detik penuh inspirasi dan pemerkasaan diri untuk persediaan sebagai pemimpin pelajar. Seramai 138 barisan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Akademia telah menghadiri kursus ini termasuk kolej di Kampus Kl dan Cheras.
Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam membina jaringan yang kukuh serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara seluruh barisan kepimpinan Kolej Akademia di Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2023/2024. Seterusnya memberikan peluang dan ruang untuk pembelajaran membina jati diri dan semangat kepimpinan yang kukuh dalam diri mereka.
Turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Suzeren Md Jamil pada malam terakhir bagi sesi perkongsian perbincangan secara terus bersama barisan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Akademia dalam memastikan persediaan dan permasalahan yang dihadapi dalam diselesaikan bersama.