BERITA: “Kursus Pengurusan Program Inisiatif Melatih Pelaksanaan Pemimpin Mengurus Organisasi Berprogram” – Eksekutif Pentadbiran & Protokol
Disediakan Oleh: Biro Komunikasi Korporat & Akademik
20 Oktober 2023
Kursus Pengurusan Program (KPP) merupakan satu inisiatif pembaharuan yang dibuat semula untuk memberi pendedahan kepada semua warga Kolej Rahim Kajai untuk mengetahui prosedur dan langkah dalam melaksanakan program. Pada peringkat kali ini, seramai 34 orang pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Eksekutif Pelajar, Barisan Setiausaha dan Bendahari Biro dan Kelab di Kolej Rahim Kajai.
Penyertaan peringkat awal ini adalah untuk memastikan pendedahan terhadap pengisian seperti belanjawan program, proses permohonan dana, proses pinjaman peralatan, proses sewaan ruang dan pengisian ISTAR dapat disampaikan secara terus kepada setiausaha dan Bendahari Biro dan Kelab untuk kegunaan sepanjang sesi. Pengisian-pengisian slot tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pentadbiran Kolej Rahim Kajai, Pn Norizan Ismail; Pembantu Tadbir (Kewangan), Pn Shafika Bahari dan Ketua Unit Pengurusan Bakat dan Anugerah HEP-UKM, Pn Wan Mazlina.
Pelaksanaan KPP diharapkan agar semua yang hadir dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang diperoleh sepanjang program berlangsung kepada rakan-rakan di dalam biro mahupun kelab untuk memastikan pelaksanaan aktiviti atau program dapat berjalan dengan lancar dan penuh tertib.