BERITA: Penyerahan Bendera Simbolik Persediaan Menuju ke SUKEM
Disediakan Oleh: Biro Komunikasi Korporat & Akademik
10 November 2023
Buat julung kalinya, Biro Sukan dan Rekreasi dengan ini menganjurkan sebuah majlis rasmi bagi pelaksanaan simbolik penyerahan bendera dan amanat daripada Ayahanda Pengeutua, Prof Madya Dr Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit kepada ketua kontijen Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Majlis dimulakan dengan ucapan amanat dan harapan daripada Yang Berusaha Pengetua Kolej Rahim Kajai dan diakhiri dengan gimik pemberian baju kontijen dan bendera kolej sebagai tanda memberi semangat kepada para atlet yang bakal mengharumkan nama Kolej Rahim Kajai.
Majlis Penyerahan Bendera ini merupakan satu usaha dalam memastikan semua kontijen agar bersedia untuk menghadapi SUKEM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sebelum majlis bersurai, satu upacara bacaan ikrar daripada para atlet juga telah berlaku dan diketuai oleh saudara Muhammad Rifqi Amsyar selaku ketua kontijen bagi SUKEM sesi 2023/2024.
Maka dengan itu, kami warga Kolej Rahim Kajai dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet yang mewakili Kolej Rahim Kajai dan mendoakan agar membawa pulang sebuah pingat dan mengharumkan nama Kolej Rahim Kajai