Adiwangsa Autopsee : Virtual Learning Video Competition
13 Disember : Adiwangsa Autopsee : Virtual Learning Video Competition adalah program ‘pitching’ yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Akademik dan Inovasi yang menyasarkan seluruh pelajar UKM sebagai peserta dengan tema cabaran pembelajaran atas talian. Program ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM500.00 kepada peserta berserta e-sijil.
Program ini bertujuan untuk mencungkilkan bakat dan meningkatkan keyakinan pelajar untuk bercakap dihadapan khalayak mahupun atas talian dalam menyampaikan maklumat mahupun pandangan. Pihak kolej berhasrat untuk melahirkan seramai mungkin mahasiswa yang berketerampilan, berkeyakinan dan berani untuk bersuara serta berpendirian dalam menyatakan sesuatu. Isu mahasiswa yang lemah keterampilan, tidak berkeyakinan dan lemah pendirian adalah isu yang perlu ditangani segera oleh semua pihak melalui pelbagai program dan inisiatif yang boleh dilakukan oleh pihak yang berkaitan. Dan itulah yang menjadi asas dan matlamat program ini.