COVID19 : Imunkah Kita?
22 Januari : Gelombang kedua pandemik Covid-19 yang melanda negara pada saat ini adalah satu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak. ‘Covid19 : Imunkah Kita’, anjuran biro Latihan dan Keselamatan merupakan webinar siri ke10 dan yang terakhir daripada Kolej Rahim Kajai bagi semester satu yang menampilkan panel jemputan khas iaitu Dr. Azman Abbas (Pengarah Pusat Kesihatan, UKM) bersama Lt. Kolenal Mohd Rosman Abdullah (Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi, APM) .
Antara perkara yang dibincangkan adalah keadaan semasa pandemik di negara, perancangan dan sejauh mana kebekersanan program vaksin yang sedang berlangsung di negara.
Harapan pihak penganjur adalah dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa berwaspada dan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara bagi mengekang penularan yang lebih besar demi kesejahteraan hidup bersama.