DISK : Digital Innovative Space Kajai
8 Mei : DISK atau Digital Innovative Space Kajai adalah program anjuran FINS Kolej Rahim Kajai di bawah biro Integrasi dan Perpaduan Kaum. Program yang julung kalinya diadakan ini adalah menyasarkan peserta mahasiswa India daripada kolej-kolej kediaman lain iaitu Kolej Keris Mas, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ibrahim Yaakub dan Kolej Pendeta Za’ba. Seramai 60 peserta terlibat dalam program ini.
DISK adalah berteraskan kepada keusahawanan dan pendigitalan seiring dengan perkembangan dan revolusi industri 4.0 sekarang. Program ini dijalankan bermula jam 9 pagi sehingga 12 tgh hari dengan tiga sesi bersama panel-panel jemputan. Hasrat daripada kejayaan program ini adalah mampu memberi kesedaran dan meningkatkan keupayaan dan kebolehpasaran diri mahasiswa dalam memenuhi kehendak pasaran.