Diskusi Belanjawan 2021 : Hasrat Anak Muda
4 November : Diskusi Belanjawan 2021 : Hasrat Anak Muda menampilkan gandingan barisan anak muda yang terdiri daripada wakil-wakil pimpinan pelajar iaitu saudara Amirul Haqim bin Khairul Anwar (Ketua Eksekutif Kolej Rahim Kajai), Syafiq Othman (Ketua Eksekutif Kolej Keris Mas), Syazwan Salleh (Timbalan Speaker KMUKM) dan Cik Rasyidah Muhammad Yusri (Penolong Pengarah Bahagian Akkreditasi (Sains Sosial) Agensi Kelayakan Malaysia) dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengetua KRK, Dr. Roslan Ja’afar.
Diskusi yang diadakan pada 4 November lalu membincangkan mengenai apakah jangkaan bajet yang akan diumumkan oleh kerajaan untuk belia, mahasiswa dan wanita. Turut menjadi kupasan adalah apakah peranan belia dalam pembangunan negara dalam era pandemik Covid19 di Malaysia.