KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Literasi Kewangan 2.0 : ‘Scam’ : Harapan Bertukar Kehampaan

30 Disember : Penipuan dalam talian (Online Scams) bukanlah satu isu kecil yang boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak apatah lagi dunia digital sekarang. Statistik mangsa ‘scammer’ yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat membimbangkan apabila jenayah kolar putih ini semakin meningkat saban tahun dimana mangsa terjerat dan mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. Jenayah komersial ini merekodkan jumlah mencecah RM6.2 Bilion dengan 25,000 kertas siasatan dibuka dari Januari hingga Disember 2019.

Dengan itu, biro Latihan dan Keselamatan, KRK mengambil langkah memainkan peranan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat khususnya warga UKM yang terdiri daripada mahasiswa dan staf-staf berkenaan bahaya ancaman ‘online scammer’ ini dengan mengadakan webinar ‘Scam : Harapan Bertukar Kehampaan’ pada Rabu lalu.

Webinar yang berlangsung selama 2 jam menerusi Facebook Kolej Rahim Kajai ini dikendalikan oleh Saudara Azfar Aznin, Eksekutif Latihan & Kelamatan bersama panel jemputan Pn. Ratna Sha’erah, (Pengarah Eksekutif Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, ABIM) dan Inspektor Nor Izrayasrina, (Pegawai Penyiasat Jenayah Korporat Kewangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Kontijen Melaka).