Bengkel Penulisan dan Statistik
UKM,KOLEJ RAHIM KAJAI, 14 NOVEMBER: Biro Pembangunan Akademik & Inovasi Kolej Rahim Kajai telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Statistik pada 12 November 2016 lalu. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan melatih pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai gaya penulisan format rasmi UKM. Program ini dijalankan di Makmal Komputer Pusat Teknologi Maklumat, UKM bermula jam 9 pagi hingga 12 tgh hari. Taklimat telah disampaikan oleh saudara Arif Murti Bin Rozamuri.
Seramai 16 orang peserta telah mendaftarkan diri mereka untuk menghadiri bengkel ini. Para peserta juga dibekalkan dengan perisian (software) Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan EndNote oleh penganjur untuk membantu proses pembelajaran. Bengkel ini sangat bermanfaat dalam membantu dan memudahkan para pelajar UKM khususnya dalam menyiapkan kerja ilmiah atau thesis mereka mengikut format terkini penulisan gaya UKM.