BERITA: BENGKEL ASAS ADOBE PHOTOSHOP 2018 BERJALAN DENGAN LANCAR

Disediakan Oleh: Khairunnisa binti Noryazed

 

Bengkel Asas Adobe Photoshop 2018 anjuran Biro ICT & Multimedia telah berlangsung pada 15 Disember 2018 bermula dari pukul 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari bagi sesi pagi dan 2 petang sehingga 5.30 petang bagi sesi petang bertempat di Bilik Seminar 1, Kolej Rahim Kajai.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kemahiran asas penggunaan Adobe Photoshop untuk mereka bentuk grafik seperti poster dan suntingan gambar.

Bengkel ini dikendalikan oleh saudara Amirul Naim bin Mohd Baseri, pelajar jurusan Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK). Sebelum ini, beliau pernah mengendalikan program yang sama di Universiti Malaya. Pelbagai tips yang telah beliau kongsikan kepada para peserta berkenaan penggunaan aplikasi ini.

Bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta untuk kedua-dua sesi.