BERITA: FELO BARU KOLEJ RAHIM KAJAI

Disediakan oleh : Muhammad Faidhi bin Fadzil

Baru-baru ini, Kolej Rahim Kajai telah menerima seorang felo baru, Ahmad Muzakkir Bin Ahmad Tajuddin yang telahpun mula bertugas pada 1 Disember 2018.

Beliau yang berasal dari Temerloh, Pahang kini bekerja di Prasarana UKM sebagai seorang jurutera mekanikal. Beliau telahpun berkeluarga dan menetap di Kolej Rahim Kajai bersama-sama keluarganya.

Sebelum ini, felo Muzakkir merupakan bekas felo di Kolej Tun Syed Nasir. Semasa menjadi felo di sana, beliau pernah memegang beberapa portfolio iaitu Sukan & Rekreasi, Kerohanian, serta Latihan & Keselamatan.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada felo Muzakkir.