BERITA: FESTIVAL KESENIAN ZAPIN ANAK JOHOR BERSEMPENA MINGGU SISWA JOHOR SELURUH MALAYSIA
Disediakan oleh:Wardatul ‘Aisyah Binti Mohammad
AHAD(11 NOVEMBER 2018)
Bertempat di Dewan Anuar Mahmud UKM, seramai 10 orang peserta daripada Kelab Rikatari Kolej Rahim Kajai ( KRK) telah menyertai pertandingan menari daripada jam 8.00 am hingga jam 12.00 pm pada 9 November 2018.
Festival Kesenian Zapin Anak Johor merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Johor ( PERMAJ) sempena minggu siswa Johor di seluruh Malaysia.
Melalui penyertaan ke festival ini, pasukan kebanggaan Kolej Rahim Kajai (KRK) , iaitu pasukan Rikatari berjaya memenangi tempat ketiga dn seterusnya merangkul johan bagi koriografi terbaik dalam Festival Kesenian Zapin Anak Johor.
Menurut Ahmad Faris Bin Abdul Fattah, 19 yang merupakan salah seorang peserta tarian telah menzahirkan kegembiraannya atas kejayaan yang diperoleh.
“Perasaan gembira atas kejayaan ini merupakan satu kebanggaan buat diri saya dan kolej. Walaupun setiap hari berlatih daripada bulan lepas, penat yang dirasai terus hilang atas kejayaan yang tidak disangka ini. Rasa bersyukur sangat kerana melalui kejayaan ini kami dapat membalas jasa-jasa tenaga pengajar kami, yang sanggup turun mengajar walaupun penat dengan kehidupan peribadi masing-masing”.
Program yang dikelola oleh Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM ini telah berjaya mendapat sambutan daripada seluruh anak-anak Johor IPT seluruh Malaysia, termasuklah mahasiswa dan mahasiswi Kolej Rahim Kajai.