BERITA: KEMENANGAN DALAM FESTIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM UKM 2018 MEMBUKTIKAN KEHEBATAN KOLEJ RAHIM KAJAI

Disediakan oleh: Nurul Nadhirah binti Mohd Ayob

Pada tarikh 22 November 2018 sehingga 25 November 2018, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam 2018 bagi kesemua mahasiswa dan mahasiswi UKM.

Festival ini merupakan acara tahunan bagi pelajar UKM yang bertujuan menampilkan bakat-bakat terpendam dalam diri pelajar. Bakat-bakat ini berjaya ditampilkan melalui pelbagai pertandingan yang diadakan seperti pertandingan hafazan, tilawah, khat, poster infografik, syarahan dan nasyid.

Kolej Rahim Kajai berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul johan dalam pertandingan hafazan kategori lelaki, syarahan kategori lelaki dan perempuan serta pertandingan nasyid. Selain itu, Kolej Rahim Kajai turut mendapatkan Naib Johan dalam pertandingan khat serta mendapat tempat ketiga dalam pertandingan hafazan kategori perempuan dan tilawah kategori lelaki.

“Pertama saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah memberikan rezeki kemenangan ini kepada Kolej Rahim Kajai dan khasnya kepada Biro Kerohanian dan Moral. Atas usaha dan penat lelah mereka yang bertanding serta mereka yang membantu di belakang tabir dan semua yg telah memberi sokongan, kejayaan semalam dapat diraih adalah untuk mengharumkan nama Kolej Rahim Kajai. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua Kolej Rahim Kajai, Dr Haji Badrul atas sokongan yang tidak pernah putus kepada Biro Kerohanian dan Moral. Kemenangan semalam merupakan pencapaian terbaik Biro Kerohanian dan Moral bagi tahun 2018 yang mana ini menjadi kebanggaan saya sendiri selaku Felo Kerohanian dan Moral bagi tahun 2018. Tahniah semua pemenang dan kita akan teruskan legasi biro kerohanian dan moral agar terus bergerak seiring ketinggian ilmu dalam mengangkat martabat agama Islam. Salam sikalakasi” ujar Firdaus Afie, selaku felo bagi Biro Kerohanian & Moral Kolej Rahim Kajai.