BERITA: LASYKAR KHALEEFA MEMENANGI LAGU MODEN TERBAIK DI FESTIVAL NASYID JOHOR

Disediakan oleh: Muhammad Faidhi bin Fadzil

SELASA(6 NOVEMBER 2018)

Lasykar Khaleefa, kumpulan nasyid Kolej Rahim Kajai telah menghantar 2 kumpulan seramai 10 orang bagi menyertai Festival Nasyid Johor yang bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor pada 3 dan 4 November 2018 yang lalu.

Kedua-dua kumpulan telah berjaya menjadi finalis di acara akhir Festival Nasyid Johor dan mendapat tempat ke-4 dan ke-5. Lagu “Buta” yang dibawa oleh mereka telah memenangi Anugerah Lagu Moden Terbaik “Perasan syukur Alhamdulillah dan berbangga dengan pencapaian semalam. Latihan selama 2 minggu berbaloi kerana menjadi 5 finalis terbaik daripada 24 kumpulan yang bertanding.”
.
“2 kumpulan Lasykar Khaleefa yang dihantar mewakili daerah Keluang dan Mersing terpilih menjadi kumpulan terbaik top 5 bagi ‘kategori nasyid moden’ dan menerima wang kemenangan sebanyak RM3000 dalam acara final semalam dan lagu ‘Buta’ yg dipertandingkan memenangi Lagu Moden Terbaik dalam Festival Nasyid Johor.”, ujar Afie Firdaus selaku penasihat bagi kumpulan nasyid tersebut.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lasykar Khaleefa atas pencapaian yang telah banyak disumbangkan, sekaligus mengharumkan nama Kolej Rahim Kajai.