BERITA: LATIHAN KAWAD KEBAKARAN & PENGUNGSIAN BERJALAN DENGAN LANCAR
Disediakan oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil
Latihan kawad kebakaran dan pengungsian Kolej Rahim Kajai telah dijalankan pada 14 November 2018 sekitar jam 11 malam.
Latihan dimulakan dengan deringan loceng kebakaran selama 3 minit. Para pelajar dikumpulkan di dataran bagi mengambil kehadiran, seterusnya mendengar taklimat daripada pihak bomba serta menyaksikan demonstrasi pemadaman api.
Beberapa wakil telah diberi peluang untuk memadamkan api menggunakan alat pemadam api yang disediakan. Latihan tersebut tamat pada sekitar jam 12 malam.
Kolej Rahim Kajai berharap agar semua warga kolej sentiasa berjaga-jaga serta bersedia akan sebarang kemungkinan berlakunya detik-detik kecemasan seperti risiko kebakaran.