BERITA: LAWATAN TEDUHAN KASIH BERSAMA ANAK SYRIA
Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil
Pada 24 Februari yang lalu, pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Detachment 88F Kolej Rahim Kajai dengan kerjasama Pusat Kesihatan UKM telah menjalankan program Lawatan Teduhan Kasih bertempat di Jasmine Ash-Sham Alternative Education Centre.
Program ini bertujuan mengajar anak-anak Syria tentang bagaimana menjadi ‘first aider’. Antara sesi pembelajaran yang berlangsung adalah pengenalan peti pertolongan cemas, praktikal balutan, usungan, dan CPR.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr Roslan bin Ja’afar, selaku Timbalan Pengetua Kolej Rahim Kajai. Program ini berakhir dengan jayanya pada pukul 5 petang.