BERITA : LESTARI SENI KEBANGSAAN DALAM MAJLIS MALAM PUISI NEGARAKU SEHATI SEJIWA
Berita oleh: Sofia Izzati Skymmar dan Cara Melissa Michelle
JUMAAT BERSAMAAN 8 SEPTEMBER 2017
Majlis Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa telah berlangsung bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Seramai sekitar 600 penonton telah hadir ke majlis tesebut bagi memeriahkan suasana. Warga Kolej Rahim Kajai telah bergiat secara aktif dalam majlis tersebut iaitu dari segi urusetia, persembahan dan penonton. Turut hadir dalam majlis tersebut, wakil dari Jabatan Penerangan dan Utusan Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dan terutamanya generasi muda tentang kepentingan puisi. Selain itu, program ini adalah untuk memberi input-input mengenai nilai-nilai kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
Bagi memeriahkan majlis, terdapat artis yang diundang iaitu Ippo Hafiz, Azharina Azhar dan Tomok. Menurut Naib Timbalan Pengetua Kolej Rahim Kajai, program seperti ini mampu memberi semangat patriotisme yang tinggi dalam diri generasi muda dan beliau berharap warga Kolej Rahim Kajai dapat memberi lebih tumpuan terhadap pembinaan jati diri yang kukuh