BERITA : MESYUARAT BLOK-BLOK KEDIAMAN KRK SEBAR INFORMASI KEPADA PENGHUNI

SELASA BERSAMAAAN 5 SEPTEMBER 2017

Mesyuarat blok-blok kediaman Kolej Rahim Kajai (KRK) telah berlangsung secara berkumpulan melibatkan seluruh penghuni di Kolej Rahim Kajai. Mesyuarat ini diadakan dengan objektif untuk menyampaikan perkembangan terkini kolej serta menjadi platform untuk mengenali pelajar lama dan baru di setiap blok.

Dalam masa yang sama, satu jawatankuasa pengurusan blok telah ditubuhkan bagi memastikan setiap blok kediaman ditadbir dengan lebih berkesan. Penghuni KRK turut diberi peringatan berkenaan prosedur-prosedur standard bagi beberapa perkara seperti prosedur kecemasan didalam dan luar waktu pejabat, peraturan-peraturan asas kolej serta aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester 2017/18 berlangsung. Para pelajar juga diingatkan supaya bergiat dalam program-program kolej serta mengekalkan markah merit sebagai syarat untuk terus kekal mendiami kolej kediaman di UKM.

Blok-blok kediaman KRK terdiri daripada Blok A dan B bagi penghuni lelaki dan Blok C,D dan E untuk penghuni wanita selain 2 buah Flatlet bagi penginapan bilik seorang – HABIS

https://www.youtube.com/watch?v=2sx2ZNjVgWc&feature=youtu.be