BERITA: NOTTINGHAM ULTIMATE TAEKWONDO SHOWDOWN – SHAFIQ RANGKUL GELARAN NAIB JOHAN

Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri

Mohamad Syafiq bin Mohd Shauari, pelajar Tahun 1 Kursus Psikologi yang juga merupakan warga Kolej Rahim Kajai telah mewakili UKM dalam pertandingan Nottingham Ultimate Taekwondo Showdown yang dianjurkan oleh University of Nottingham pada 23 Mac yang lalu.

Beliau telah berjaya membawa nama UKM dengan gelaran Naib Johan dalam kategori Taekwondo Senior Light Man, disusuli dengan Uniti College (Johan) dan UITM & UTAR (Tempat Ketiga). “Saya mula belajar Taekwondo sejak awal sekolah rendah dan tidak aktif setelah PT3. Namun selepas tamat SPM, saya mula berlatih kembali. Apa yang membuatkan saya masih bersemangat sehingga kini adalah kerana melihat rakan-rakan saya di UKM yang sangat hebat dalam Taekwondo.” ujar Shafiq.

Beliau juga menyatakan rasa gembiranya atas kejayaan ini, seterusnya berharap agar dapat mengekalkan momentum ini dan membawa nama Kolej Rahim Kajai serta UKM dengan lebih banyak kejayaan. Bagi beliau, ini hanyalah satu permulaan buat satu kemenangan.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat saudara Shafiq atas kejayaan ini.