BERITA: PEMIMPIN MAHASISWA/I KOLEJ RAHIM KAJAI BERTANDING DALAM PILIHANRAYA KAMPUS UKM 2017/18

Berita oleh: Mohamad Azlan Bin Mohamad Nasrun

KHAMIS BERSAMAAN 14 SEPTEMBER 2017

Seramai enam orang pemimpin mahasiswa Kolej Rahim Kajai (KRK) telah dicalonkan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pilihanraya Kampus UKM 2017/18. Mereka terdiri dari pada Saudara Nor Azli Azuan Nor Azlan, Saudara Ng Cheng Wei, Saudara Muhd Khafis Joki, Saudari Salwa Hanapi, Saudari Kiruthiga A/P Jeevantham dan Saudari Siti Anisah Mohd Johan.

Seawal jam 7.00 pagi, para calon pemimpin ini telah berhimpun bersama calon-calon dari kolej-kolej lain di perkarangan Kolej Rahim Kajai. Sesi Penamaan Calon dimulai dengan perarakan calon pemimpin bersama sejumlah 600 orang penyokong ke Dataran Pusanika. Walaupun pilihanraya kampus UKM pada tahun ini mendapat persaingan dari parti lain, namun calon-calon kekal optimis dalam memastikan kejayaan dalam proses pilihanraya kali ini.

Pilihanraya Kampus UKM bermula pada hari ini iaitu Sesi Penamaan Calon, diikuti dengan Tempoh Berkempen pada 14 hingga 18 September 2017 dan Pembuangan Undi dijangka akan berlangsung pada 19 September 2017