BERITA: PENGANJURAN PROGRAM LET’S ZUMBA OLEH BIRO SISWI RATNASARI

Berita oleh: Sofia Izzati Skymmar

KHAMIS BERSAMAAN 28 SEPTEMBER 2017

Pada jam 5 petang bertempat di Foyer Kolej Rahim Kajai, telah diadakan program Let’s Zumba yang dianjurkan oleh Biro Siswi Ratnasari. Program ini telah disertai oleh siswi-siswi kolej seramai 80 orang.

Tarian zumba tersebut telah dikendalikan oleh Amirah Audadi Binti Madzen selaku Felo Penasihat Biro Siswi dan Tihani Binti Husaini selaku Eksekutif Pembangunan Siswi.

Program ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada semua warga UKM. Ianya dijalankan pada setiap hari Khamis selama satu jam iaitu dari jam 5 petang hingga ke jam 6 petang. Sijil akan diberikan kepada peserta program yang menperoleh kehadiran penuh iaitu sebanyak 6 kali.