BERITA: Perlantikan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi 2023/2024 Membawa Nafas Baharu

Disediakan Oleh: Biro Komunikasi Korporat & Akademik

12 Julai 2023

Lantikan watikah Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2023/2024 telah dimurnikan oleh Yang Berbahadia Naib Canselor, Prof Dato’ Gs Ts Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman di Persada Canselori, UKM pada petang ini. Seramai 10 orang pelajar Kolej Rahim Kajai kini telah secara rasminya dilantik untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan seperti yang telah ditekankan dalam ucapan Yang Berbahagia Naib Canselor dalam ucapan beliau.

Hampir 180 orang pelajar dari 12 Kolej Akademia yang terdiri daripada lantikan baharu dan mantan Majlis Eksekutif Pelajar hadir ke majlis ini. Turut hadir barisan Timbalan Naib Canselor, Pro Naib Canselor, Barisan Kepengetuaan Kolej Akademia dan Barisan Ketua Pentadbiran Kolej Akademia dalam majlis watikah pada petang ini.

Upacara angkat sumpah barisan Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2023/2024 telah diketuai oleh saudara Muhammad Alif Qayyum, Ketua Eksekutif Kolej Keris Mas dan penyerahan surat lantikan daripada Yang Berbahadia Naib Canselor kepada barisan Ketua Eksekutif.

Kami dari pihak Kolej Rahim Kajai dengan ini mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menjalankan kepada seluruh barisan kepimpinan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai sesi 2023/2024.