BERITA: PERLAWANAN PERSAHABATAN LIMA PENJURU – DUA PELAJAR KOLEJ RAHIM KAJAI RAIH JOHAN DALAM PENCAK SILAT

Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum

Pada 31 Mac yang lalu, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (cawangan W.P Kuala Lumpur & Putrajaya 2019) telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Lima Penjuru, sebuah pertandingan silat di mana matlamat utamanya adalah untuk mendedahkan para pesilat dari pelbagai umur dengan suasana sebenar pertandingan, selain mencungkil bakat mereka. Ianya telah berlangsung di Pusat Squash Universiti Malaya.

Mohamad Shafiq bin Mohd Shauari dan Ahmad Faris Danial bin Zaidi yang merupakan pelajar Kolej Rahim Kajai mewakili UKM dalam perlawanan tersebut. Mereka telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi acara pencak silat (Kategori D & F).

“Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan silat setelah seorang rakan saya di kolej kediaman melihat kemampuan saya. Saya dilatih dari awal semester 2 tahun ini. Ianya sangat berbaloi kerana segala usaha telah membuahkan hasil dengan berkat Rasulullah dan izin Allah.”, kata Shafiq.

Beliau juga menyatakan bahawa ini masih lagi permulaan baginya untuk mengharumkan nama Kolej serta UKM, dan seterusnya berharap agar dapat menyumbangkan lebih banyak kejayaan.

Sebelum ini, Shafiq pernah merangkul gelaran Naib Johan dalam Nottingham Ultimate Taekwondo Showdown.