LATIHAN FIRE DRILL
Kolej Rahim Kajai, UKM, 6 NOVEMBER : ‘Briged of Firewall Kajai’ dibawah Biro Keselamatan Kajai telah berjaya menjalankan latihan Fire Drill pada 1 november 2016. Seramai 16 orang urus setia yang telah menguruskan program tersebut dan seramai 46 orang peserta telah mengikuti program tersebut. Latihan Fire Drill adalah bertujuan untuk memberi pendedahan asas untuk menyelamatkan diri sekiranya kebakaran benar-benar terjadi. Juga Fire Drill memberi pengetahuan kepada warga Rahim Kajai akan tindakan awal yang patut diambil jika berlaku kebakaran. Latihan Fire Drill berjaya dilaksankan dengan usahasama Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Bangi, Wisma Aman, JPP, BSMM, Kor SISPA UKM, Pusat Kesihatan UKM, dan biro kebajikan.
Semasa latihan Fire Drill, Pihak Bomba telah memberi pengenalan kepada beberapa jenis alat pemadam api dan penggunaannya bagi setiap kelas kebakaran. Peserta juga telah diberi peluang untuk memadam api. Selain itu, Pihak Bomba juga menasihati untuk sentiasa berwaspada dengan penggunaan baragan elektrik yang berlebihan. Hal ini demikian kerana kebanyakkan kebakaran yang berlaku adalah berpunca daripada litar pintas.