PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) KALI KE-9 SESI 2016/2017
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) telah berlangsung pada 2 – 4 mac 2017 di Smk Seri Menanti Muar . Program ini mempunyai 48 urus setia dari Kolej Rahim Kajai dan 1 urus setia dari Kolej Dato Onn. Terdapat 150 peserta dalam program pakka yang terdiri dari pelajar -pelajar Smk Seri Menanti Muar. Objektif program ini ialah
- Mendedahkan mahasiswa/i Kolej Rahim Kajai kepada pelbagai aspek penting dalam komuniti seperti keselamatan, akademik, sahsiah, kebajikan dan sebagainya.
- Menerapkan sifat kepimpinan, semangat berpasukan, kerjasama, etika kerja dan profesionalisme dari awal dalam diri pelajar sekolah.
- Mencungkil bakat, kreativiti, inovasi dan kecerdasan minda pelajar untuk berfikir di luar kotak selaras dengan hasrat Naib Canselor UKM iaitu “Pendaulat Amanah Negara”.
Berikutnya merupakan antara senarai program yang dijalankan BUKAN semua
From Senior to Junior
Slot ini merupakan sesi perkongsian oleh fasilitator kepada peserta tentang tips-tips belajar dan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di UKM serta pengenalan tentang UKM.
Inovasi Kolaborasi
Slot ini dimulakan dengan ceramah oleh Dr. Ali Seman tentang teknik belajar Bushido. Kemudian, slot ini terbahagi kepada dua iaitu pelajar aliran sastera dan aliran sains. Para pelajar sastera akan bergerak ke dewan terbuka. Manakala, para pelajar sains akan bergerak ke dewan tertutup. Bagi slot pelajar sastera, mereka akan mengikuti ceramah oleh Dr. Mawar Safei iaitu penulis novel terkenal. Slot ini merupakan perkongsian dari beliau sendiri tentang minat beliau terhadap pengkaryaan cerita dari sejak kecil lagi. Bagi slot pelajar sains pula, mereka mengikuti slot ‘Celik Teknologi Mesin oleh UiTM Johor’. Ini merupakan kolaborasi program kami bersama mahasiswa dan mahasiswi dari UiTM Johor. Slot ini merupakan pengenalan kepada sains teknologi dan kejuruteraan dan diadakan juga satu pertandingan engineering ‘strawbridge’. Pameran mesin juga diadakan oleh pihak UiTM seperti mesin membuat kuih karipap dan lain-lain.
‘Jom Sihat !’ Explorace
Pelajar diberikan taklimat tentang permainan ini dan diarahkan untuk duduk dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan satu petunjuk bagi setiap checkpoint untuk ke checkpoint seterusnya. Permainan explorace ini terbahagi kepada 9 checkpoint. Antaranya adalah loving circle, paper toss, botol complicated, poisoning balloon, kabus di gunung ledang, flying egg, syabas, terbang tisu terbang dan sehati sejiwa. Setiap checkpoint akan dikenakan denda jika ahli kumpulan terbabit gagal mematuhi peraturan dan melebihi masa.