PESTA CAHAYA 2016,KOLEJ RAHIM KAJAI
UKM,KOLEJ RAHIM KAJAI, 20 NOVEMBER:
Pada 18 November 2016 telah diadakan Pesta Cahaya 2016 anjuran F.Com Indian Society(FINS) bersama Biro Integrasi Perpaduan Kaum, Kolej Rahim Kajai yang berlangsung di Pusanika. Program ini menghimpunkan pelajar-pelajar dari kolej-kolej lain di UKM iaitu seramai 60 pelajar. Turut hadir dalam program tersebut Dr. Roslee Rajikan, Pengetua Kolej Rahim Kajai, Barisan Felo serta Barisan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai. Objektif program ini adalah untuk memahami dan meningkatkan pengetahuan tentang tradisi, budaya dan amalan kaum India dalam kalangan kaum-kaum lain seperti Melayu, Cina dan sebagainya serta meningkatkan sifat kesepaduan dan kesepakatan antara mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Biro Integrasi dan Perpaduan Kaum daripada setiap kolej kediaman. Bagi merealisasikan objektif tersebut,pelbagai pertandingan telah diadakan seperti membuat kolam beserta menyalakan pelita dan mengikat bunga. Pertandingan seperti ini memaparkan tradisi, budaya dan amalan kaum India yang diikuti semasa menyambut Pesta Cahaya. Sejumlah 23 ahli jawatankuasa Program Pesta Cahaya 2016 telah bertungkus-lumus dalam penyediaan program ini. Peserta juga turut memeriahkan lagi program ini dengan menyertai pelbagai pertandingan yang disediakan. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Cahaya 2016.