KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

‘Body Shaming’ : Sengaja atau Senjata?

15 Januari : Mengikut Kamus Dewan Bahasa, ‘Body Shaming’ dikenali sebagai Kecam Badan. ‘Body Shaming’ berlaku apabila seseorang diejek ataupun direndahkan dengan komen-komen tertentu dek kerana tidak memenuhi standard kecantikan yang telah ditetapkan oleh masyarakat iaitu memiliki tubuh badan yang “sempurna”.

Adapun komen seperti “Weh mendap kereta ni kau naik” yang pada dasarnya dilakukan dengan niat hanya “sengaja” bergurau untuk ditujukan kepada si mangsa yang berbadan besar, namun dalam sedar ataupun tidak, hakikat situasi sebegini mungkin boleh disabitkan jenayah?

Oleh itu, webinar ini dianjurkan untuk memberi kesedaran dan membongkar betapa seriusnya isu ini jika masih dipandang enteng oleh masyarakat. Jangan sampai niat SENGAJA bergurau anda bertukar kepada SENJATA. Lebih malang lagi, perkara sebegini sudah menjadi normalisasi dalam kalangan masyarakat kini dan dipandang sebagai isu “biasa” dan tidak salah.