KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Red Fox Fit Challenge

14 Disember : Pandemik Covid19 yang melanda negara sehingga saat ini tidak menghalang individu untuk sentiasa memastikan tahap kecergasan dan kesihatan diri terus terjaga dan dipelihara. Sebagai langkah menggalakkan mahasiswa untuk terus aktif dan cergas di kediaman masing-masing, Biro Sukan dan Rekreasi KRK mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Red Fox Fit Challenge secara atas talian.

Peserta dikehendaki untuk merakamkan aktiviti senaman atau sukan yang dilakukan di lokasi masing-masing dalam tempoh durasi kurang daripada 7 minit dan memuatnaik ke dalam laman sosial masing-masing dengan tanda pagar ‘RedFoxFitChallenge’. Melalui kaedah ini, peserta dapat menggalakkan rakan-rakan ‘followers’ laman sosial mereka untuk turut bersenam dan kekal cergas walaupun banyak pergerakan terhalang dalam tempoh ini.

Pandemik bukan alasan untuk mahasiswa mengelat dengan hanya duduk dan tidur di rumah bahkan perlu dijadikan sebagai cabaran untuk terus meningkatkan produktiviti diri setiap hari kerana otak yang cerdas, hasil yang berkualiti datangnya daripada badan yang sihat dan cergas. Program ini telah berlangsung bermula 14 Disember dan berakhir pada 25 Disember lalu.