KURSUS KEPIMPINAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KTHO SESI 2017/2018
Pada 4 dan 5 Ogos 2017 telah berlangsung Kursus Kepimpinan Majlis Eksekutif Pelajar(MEP) Kolej Tun Hussein Onn bagi sesi 2017/2018. Kursus ini telah disertai oleh Pentadbiran, Felo dan 17 orang Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTHO, yang bertempat di Bilik mesyuarat Kolej Tun Hussein Onn.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi persediaan dan pencerahan kepada MEP Kolej Tun Hussein Onn mengenai portfolio masing-masing sebagai MEP.
Antara program yang dilakukan sepanjang dua hari ini adalah:
- Taklimat mengenai Garis Panduan mengenai Kolej
- Taklimat untuk memohon dalam mengadakan program melalui i-Star
- Taklimat Kewangan
Semoga dengan adanya kursus ini, dapat membantu MEP KTHO 2017/2018 supaya sedia dalam mengalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.