PROGRAM RAMAH MESRA PENTADBIRAN KTHO
Pada 26 september 2017 telah berlangsung Malam Interaksi Pengurusan Kolej Tun Hussein Onn yang melibatkan seluruh barisan pentadbiran, Majlis Eksekutif Pelajar dan ahli-ahli Kelab Kepimpinan Frontera Hussein. Majlis yang dihadiri lebih daripada 100 orang ini telah diadakan di Halaman Rumah Pengetua KTHO.
Turut hadir ialah TNC HEPA, Prof Dato Noor Aziah, Pengetua KTHO Prof Madya Dr Norinsan Kamil Othman, Timbalan Pengetua KTHO, Encik Hukil Sino pengetua-pengetua kolej kediaman, felo KTHO serta MPP Aspirasi KTHO.
Semoga majlis ini mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan dan para pelajar serta menanam sifat cintakan kolej untuk menjayakan program-program lain pada masa akan datang.
#KTHOakrab