[BERAKHIRNYA LAWATAN KEPENGETUAAN]

Lawatan Kepengetuaan ke Blok E pada 16 Mac 2017 lalu menandakan berakhirnya lawatan kepengetuaan sesi 2017 dengan jayanya. Sepanjang berlakunya lawatan kepengetuaan ini, penghuni Kolej Tun Hussein telah berpeluang untuk berinteraksi dengan pengetua kolej, Lt. Kol. Prof. Madya Dato’ Dr. Samsul Adabi Bin Mamat dan berkongsi cadangan dan aduan.
Secara keseluruhannya, pengetua kolej berpuas hati dengan keceriaan blok hasil Hari Gotong Royong Perdana yang dijalankan pada semester lepas. Walaupun bangunan kolej sudah berusia hampir 70 tahun, dengan usuha dan kesedaran oleh penghuni, pastinya keselesaan dan kelesteraian kolej dapat dijaga bersama. Dengan gagasan #KolejkuKediamankuKediamankuKebanggaanku, pengetua menyeru semua penghuni blok untuk terus mengamalkan sikap kebersamaan dalam menceriakan tempat tinggal sambil memupuk rasa kasih sayang terhadap kolej.
#KTHOakrab
#UKMpride