Gotong Royong Perdana Kolej Tun Hussein Onn 2016/2017
15 Oktober 2016 – Gotong-royong bersama penghuni Kolej Tun Hussein Onn Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan bagi memeriahkan blok kediaman masing-masing serta menjadikan blok kediaman lebih ceria dan kondusif untuk didiami. Objektif utama gotong-royong ini diadakan ialah untuk membentuk siswa siswi yang cakna dengan kebersihan keadaan sekeliling serta mewujudkan suasana kolej yang ceria.
Hasil kerjasama, semangat dan kreativiti penghuni blok-blok kediaman Kolej Tun Hussein Onn telah menjadikan kolej ini sebuah kediaman yang bersih dan ceria untuk semua penghuni.