BENGKEL PROFESIONALISME SETIAUSAHA

Bengkel Profesionalisme Setiausaha ini merupakan sebuah program yang dikhaskan kepada setiausaha bagi semua sekretariat dan kelab di Kolej Ungku Omar sebagai usaha awal pihak MEP Kolej Ungku Omar untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada setiausaha setiap organisasi bagi menguruskan organisasi yang sistematik meliputi aspek pengurusan keluar dan masuk dalam surat-menyurat serta formaliti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang setiausaha.

 

Objektif utama program yang bertemakan S/U Bukan Sekadar Pencatat ini adalah menyediakan medium bagi individu yang bakal berkhidmat sebagai  setiausaha sekretariat dan kelab masing-masing untuk mempelajari dan mengetahui  dengan lebih  jelas skop kerja seorang setiausaha.

 

Program ini telah berlangsung pada 8 Disember 2020, Selasa dan telah menjemput Cik Siti Farhannie Binti Mohd Adnan, Felo Kolej Ungku Omar yang berpengalaman serta memiliki pengetahuan yang mendalam berkaitan bidang pengurusan organisasi bagi berkongsi secara terus ilmu yang dimiliki kepada para setiausaha yang hadir sebagai peserta.

 

Pengisian utama program ini adalah sesi Taklimat Pendokumentasian, Sistem Fail & Pengurusan Organisasi seterusnya sesi Q & A bagi memberi peluang kepada para peserta bertanya dan berbincang bersama berkaitan ilmu yang disampaikan.