COVID-19: Antara Mahasiswa dan Keusahawanan
Penyebaran wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia temasuk di Malaysia telah menyebabkan banyak kerajaan mengambil langkah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi memutuskan rangkaian Covid-19. Ini menyebabkan penutupan institusi pendidikan tinggi di seluruh negara. Kesan daripada PKP juga menyebabkan banyak perniagaan mula terjejas sehingga memaksa mahasiswa turut untuk mencari alternatif dan cara untuk mencari sumber pendapatan mereka sendiri memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Webinar Covid-19: Antara Mahasiswa dan Keusahawanan ini dibuat dengan menggunakan pakar yang bersesuaian dan dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi Microsofts Teams yang bersesuaian dengan keadaan sekarang dimana mahasiswa masih lagi berada di tempat kediaman mereka. Ia bermula dengan sesi kemasukkan pelajar ke dalam saluran yang dibuat di dalam Microsoft Teams pukul 8:20 p.m. pada tarikh 27 November 2020.
Seterusnya bermula sesi perkongsian oleh kedua-dua ahli panel yang merupakan mahasiswa dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri iaitu Dr. Azry bin Khoiry dan Saudara Luqman bin Arrifin. Sesi perkongsian ini berlangsung hampir 1 jam setengah sebelum memasuki sesi soal jawab. Semasa sesi perkongsian ini, terdapat pelbagai input-input yang berkaitan dengan cara untuk memulakan perniagaan dan keusahawanan yang boleh mahasiswa/i ceburi semasa menuntut pelajaran di universiti. Semasa sesi soal jawab, pelbagai persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh mahasiswa/i yang menjadi peserta program webinar ini.