EXPLORE : ENHANCE KNOWLEDGE, ACQUIRING SKILLS

Speaker Corner merupakan program berkala yang telah dijalankan oleh Sekretariat Akademik & Penyelidikan selama 2 sesi berturut-turut. Program yang melibatkan mahasiswa/i tahun 1 dilihat telah berjaya mencapai objektif untuk membuka ruang bagi para pelajar melontarkan idea dan berkongsi pendapat individu.

Explore ialah inovasi baru kepada Speaker Corner dalam usaha mengekalkan kerelevanan program berbentuk pengucapan umum mengikut peredaran semasa. Program ini telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Explore yang bermaksud kemampuan mahasiswa untuk meneroka dan membincangkan isu-isu bersifat antarabangsa dan kebangsaan dalam usaha menarik penyertaan pelajar Kolej Ungku Omar dan UKM. Selain itu, program ini telah dijalankan seperti konsep rancangan televisyen dengan pengisian segmen-segmen tertentu yang terdiri daripada notis pemberitahuan, iklan keselamatan dan segmen Buletin Akademia. Program ini akan dijalankan secara langsung dari platform Pardus Series melibatkan interaksi dua hala antara hos dan panel jemputan terdiri daripada mahasiswa/i tahun 1. Setakat semester 1 sesi 2021/2022, 3 siri Explore telah berlangsung iaitu secara purata melibatkan 410 jumlah tontonan bagi setiap siri dan 5 siri Explore bakal menyusul pada semester 2 nanti.

Program yang bertemakan Enhance Knowledge, Acquiring Skills ini diharapkan dapat mengekalkan kesinambungan penglibatan pelajar dalam bidang bukan akademik sekaligus mencipta benchmark baru kepada pencapaian Kolej Ungku Omar dalam aspek akademik.