FESTIVAL MAC VINTAGE 1.0 (Festival bundle pertama di UKM)

Pada 2 Mac hingga 4 Mac 2018 yang lalu, telah berlangsungnya satu program yang bertemakan vintage di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Program yang dianjurkan oleh Sekretriat Keusahawanan Kolej Ungku Omar ini merupakan program yang bertemakan vintage atau bundle. Program yang dinamakan Festival Mac Vintage dan dirasmikan oleh pengetua Kolej Ungku Omar, Encik Nik Hairi Omar. Festival ini telah berlangsung selama 3 hari dan dibuka seawal 8 pagi hingga 12 malam. Seramai 28 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai fakulti turut menjadi tulang belakang bagi menjayakan program yang julungkali diadakan di UKM ini.