HARI INTERAKSI KELAB IQRA’ SESI 2021/2022

Hari interaksi merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Kelab Iqra’ dengan
tujuan memperkenalkan Kelab Iqra’ dan barisan tanzim kepada ahli kelab yang
baharu. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara
barisan tanzim dengan ahli kelab. Selain itu, untuk memaklumkan semua program
yang akan dianjurkan oleh Kelab Iqra’ sepanjang tahun 2021/2022. Berikutan keadaan
semasa yang tidak mengizinkan untuk membuat aktiviti secara bersemuka, maka
Kelab Iqra’ mengambil inisiatif untuk menjalankan hari interaksi bersama ahli kelab
yang baharu secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams.