IN TOUCH WITH UKM: AKED EDITION

Program In Touch With UKM: Aked Edition merupakan sebuah program yang akan dijalankan selama satu minggu iaitu sepanjang cuti pertengahan semester sesi satu 2020/2021. Program ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan antara warga UKM dengan institusi UKM sendiri. Meskipun tiada aktiviti bersemuka yang dijalankan disebabkan oleh pandemik COVID- 19, namun perhubungan dua hala ini diharapkan masih dapat dikekalkan melalui program secara dalam talian. Terdapat empat pertandingan yang bertemakan CMCO’s Got Talent akan dijalankan bagi mencungkil kemahiran insaniah seluruh warga UKM terutamanya pelajar dan staf. Antaranya ialah Penulisan Esei, Nota Kreatif, PKPB Chef dan Tiktok Challenge. Program ini adalah salah satu usaha untuk memberi ruang dan peluang kepada warga UKM dalam mengasah kemahiran insaniah supaya dapat mengisi masa lapang sepanjang berada di rumah masing-masing.